Beberapa keluarga di Rusia mengalami perkaratragis yang sangat menyakitkan hati mereka. Perkara tragis tersebut adalah mayat anak-anak mereka yang diculik oleh seorang lelaki gila dan dijadikan boneka.
Lelaki gila yang bernama Anatoly Moskvin, 47 tahun ini sebenarnya merupakan orang yang genius, tapi kegeniusannya tersebut ternyata membuat dirinya menjadi gila kerana telah melakukan perkara yang tidak masuk akal.
Anatoly ini mempunyai impian untuk menghidupkan kembali kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal hingga akhirnya ia cuba menggali sebanyak 29 kubur kanak-kanak perempuan dan kemudian mayatnya ia jadikan mumia dan dihiasi seperti boneka.
Ketika ini Anatoly sudah ditangkap oleh pihak polis kerana sudah diketahui telah menggali 29 kubur kanak perempuan untuk djadikan mumia dan dihiasi seperti boneka, dipakaikan baju dan dipamerkan didalam rumahnya.
Aksi gila Anatoly ini merupakan tindakan kekerasan yang membuat banyak pihak keluarga mangsa menjadi merasa terluka, saat melihat mayat anak perempuan mereka dijadikan mumia dan dipamerkan dirumah Anatoly.
Salah satu mangsa Anatoly adalah anak perempuan yang bernama Olga berusia 10 tahun. Olga meninggal akibat dibunuh, dan kini dijadikan mumia oleh Anatoly bahkan dipamerkan didalam rumahnya.
Ibu Olga mengaku sangat sedih melihat mayat anak perempuan mereka dijadikan mumia oleh Anatoly, dipakaikan baju serta di hiasi seperti boneka.
"Orang gila ini bahkan meninggalkan mesej tanpa nama dan menyebut anak perempuan kami Little Lady," kata Natalia Chardymora, ibu Olga. "Boleh anda bayangkan bagaimana perasaan kami saat membaca catatan itu tentang anak perempuan kami yang meninggal akibat dibunuh. Ini bukan lawak sama sekali kerana sudah menghancurkan hati ini, "katanya lagi ibu Olga.
Menurut pengakuan dari Anatoly, ia sudah mula melakukan aksi gilanya ini sejak tahun 2011 yang lalu. Ia mengatakan sedang menunggu ilmu pengetahuan untuk membangkitkan mayat kanak perempuan tersebut.
Tindakan ini dianggap gila oleh semua orang, dan saat ini Anatoly sedang dirawat dirumah sakit jiwa kerana dianggap sudah tidak waras.
popular post
-
7. Wing Chun Disebut-sebut sebagai salah satu seni bela diri paling berimbang (balanced). Wing Chun adalah seni bela diri yang diajark...
-
Vienna: Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai me...
-
Reka bentuk rumah unik ini merupakan karya seniman Do Ho Suh . Lelaki berasal dari Korea ini sebelumnya telah dikenal dengan reka bentuk ...
-
Sebuah foto perkahwinan seorang lelaki dengan seorang wanita telah menggegarkan media sosial. Bukan kerana mereka artis atau pun orang berpe...
-
Untuk menghabiskan masa, seorang banduan Perancis yang dikurung di ruang bawah tanah selama Perang Napoleon membina model kapal layar dar...
-
Badan antariksa Amerika NASA berniat untuk mendaratkan manusia di planet Marikh pada tahun 2035. Rancangan ini akan dilakukan dengan pesa...
-
Seniman Cork baru saja memecahkan rekod Guiness World Record kerana berjaya melukis ditubuh manusia. Cork berjaya menarik perhatian 316 or...
-
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerim...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komentar untuk "Lelaki Gila Ini Mencuri Mayat Kanak-kanak Perempuan Untuk Dijadikan Boneka."