Sadis! Anjing Kurus Ini Hanya Makan Ranting dan Batu Untuk Hidup.
Alex, seekor anjing yang dibuang di jalanan, telah mengalami pengalaman pahit yang diabaikan oleh tuannya. Kerana kelaparan, Alex menelan apa pun yang boleh ditemuinya termasuk batu dan ranting. Hebatnya, anjing hitam ini masih tetap bertahan hidup hingga para penyelamat haiwan menemuinya.
Para penyelamat menyatakan bahawa keadaan Alex sangat menyedihkan saat pertama kali dijumpai. Selain kelaparan melampau, anjing itu juga merasa ketakutan.
Walaupun demikian, Alex masih anjing yang menyenangkan dan penyayang. "Dia sangat baik, manis dan pemaaf, meskipun tentu saja dia telah mengalami banyak penderitaan selama dibuang," terang pembantu pengarah Southern Animal Foundation, Deanna Theis.
Awalnya, Deanna mendengar tentang Alex dari pelbagai media tempatan yang memaparkan gambar anjing menyedihkan itu. Ia kemudian sedar bahawa nasib Alex tidak akan berubah jika tidak ada orang sepertinya yang mahu menyelamatkan Alex.
Setelah diambil dari jalanan, Alex mendapatkan makanan yang cukup, namun perutnya dengan mudah membuncit. Kerana curiga, para pakar memberikan ujian X-ray padanya. Dari ujian itulah diketahui sejumlah batu dan ranting bersarang di perut Alex.
Para pakar di Southern Animal Foundation cuba sekuat tenaga untuk menyelamatkan Alex. Alex pun kemudian dibedah.
Kini keadaan Alex telah jauh bertambah baik. Bebannya telah mencapai 19.5 kg dan semakin kuat. Jika berat Alex semakin naik, agen penyelamat binatang itu juga akan mencarikannya rumah yang tepat.
0 Komentar untuk "Sadis! Anjing Kurus Ini Hanya Makan Ranting dan Batu Untuk Hidup."