Pendang, Kuala Kedah Dilanda Puting Beliung

Pusar angin dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.

Foto kredit mstar.com.


Sekurang-kurangnya 15 buah rumah di Pendang dan Kuala Kedah di sini, rosak akibat dilanda puting beliung, petang Selasa.


Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas teruk apabila bumbung bangunan diterbangkan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.

Ia turut menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Turut mengalami kerosakan, tiga buah rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.mstar.com.
0 Komentar untuk "Pendang, Kuala Kedah Dilanda Puting Beliung "

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info