Pelik! Lembu di Jerman Dipakaikan Lampin Elak Pemanasan Global.
Lembu merupakan haiwan pemakan rumput yang banyak manfaatnya, termasuk najisnya untuk baja tanaman. Tapi di Eropah, lembu malah dianggap salah satu sumber yang boleh merosakkan alam sekitar.
Seorang petani berasal dari Bayern, Jerman, bernama Johann Huber hingga perlu memakaikan lampin untuk sapinya yang bernama Doris. Hal itu dilakukannya untuk mematuhi dasar baru Kesatuan Eropah yang melarang penggunaan baja dari najis lembu untuk mengelakkan pelepasan bahan nitrat dan pencemaran udara. Sehingga lampin itu mencegah najis lembu jatuh di tanah.
Johann pun membuat sendiri lampin itu. Doris adalah salah satu daripada 18 haiwan miliknya yang diberi lampin. "Belum ada produk yang menjual lampin untuk lembu," katanya.
Menurut Menteri Perubahan Iklim Denmark, lembu melepaskan gas rumah kaca lebih besar daripada kereta keluarga dan merupakan penyumbang utama pemanasan global, seperti yang disiarkan oleh Daily Mail. Bahkan lembu pun dikatakan boleh menimbulkan pencemaran udara dari gas buangannya.
Padahal, lembu merupakan haiwan yang juga dianggap mesra alam kerana makan rumput dan kotorannya yang selama ribuan tahun digunakan oleh nenek moyang kita sebagai penyubur tanah. Selain itu lembu boleh dimanfaatkan mulai dari susu, daging hingga kulitnya untuk pelbagai keperluan menyokong kehidupan manusia.
0 Komentar untuk "Pelik! Lembu di Jerman Dipakaikan Lampin Elak Pemanasan Global."