Menarik! Pertandingan Dukung Isteri Yang Awesome.


Satu pasangan kekasih, Jesse Wall dan Christina Arsenault muncul juara dalam Kejohanan Mendukung Isteri Amerika Utara yang berlangsung di sebuah resort di sini kelmarin.

Pasangan tersebut muncul juara selepas Wall berjaya mendukung Arsenault melalui halangan seperti kolam air dan meniti kayu di laluan sejauh 254 meter.

Mereka berjaya menewaskan seramai 50 pasangan yang lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS $ 482 (RM 1,573).

Pasangan berkenaan juga layak menyertai pertandingan tersebut peringkat dunia yang berlangsung di Finland tidak lama lagi.

"Kami berjaya muncul juara kerana kekasih saya seorang yang kuat dan saya pula mempunyai badan yang kecil serta ringan," kata Arsenault.

Menurut syarat pertandingan, pasangan yang belum berkahwin juga dibenarkan menyertai kejohanan tersebut.

 





Related Post

  • Dihasil Dari Ciuman. Teknik melukis untuk ketika ini sudah mengalami banyak perkembangan, dari mulai bahan yang digunakan untuk melukis, …
  • Bunga Ros Akan Muncul Jika Dipicit Inovasi memang selalu diperlukan untuk boleh bersaing dengan produk lain. Maka tidak hairan jika setiap syarikat akan …
  • Bikin Sayap Helang Yang Boleh Gerak . Memang sayap ini tidak akan boleh membantunya terbang. Tapi, bentuk dan gerakannya sangatmenarik. Sayap helang itu bo…
  • Tidur Dalam Kelas Paling Awesome Mahasiswa yang malas pasti  ingin tidur saja meskipun ada pensyarah sedang menerangkan. Tapi tidur selama belaja…
  • Sabun Unik Boleh Menetas Permainan Pokemon Go memang masih sangat digemari di berbagai penjuru dunia. Tidak hairan jika beberapa orang mencari…
0 Komentar untuk "Menarik! Pertandingan Dukung Isteri Yang Awesome."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info