Menakjubkan! Keunikan Rumah Terbalik di Russia. Membuat Anda Rasa Pening.
Rumah adalah tempat yang boleh membuat para penghuninya merasa selesa. Berbeza dari yang lain, rumah yang pelik ini seolah-olah membuat penghuninya merasa pening kerana bentuknya sangat pelik.
Salah satu rumah di Volgograd, Russia, berdiri kukuh dengan ditongkat dengan bumbung yang berada di bawah. Rumah ini memang sengaja dibina terbalik untuk menarik minat pelancong yang berkunjung ke sana.
Tidak hanya bahagian luarnya saja, seluruh barang-barang yang berada dalam bilik dalam rumah tersebut juga dibuat terbalik. Begitu masuk dalam rumah ini, pengunjung akan terus disambut dengan seluruh perabot ruang tamu yang dibina terbalik. Setiap rak, almari, kerusi meja dan lain-lain diletakkan di atas bumbung.
Bilik tidur juga kelihatan unik. Baik tilam, bantal dan lampu bilik juga dihias sedemikian rupa sehingga membuat pengunjung dapat merasakan tinggal di dunia yang balik. Bahagian bilik mandi pun direka terbalik, lengkap dengan bath-up, mesin basuh dan singki.
Rumah terbalik tersebut sudah dibuka untuk orang ramai sejak 26 September lalu. Ini bukan pertama kalinya sebuah rumah dibina terbalik di Rusia. Awal tahun ini, rumah terbalik lain dibina di VVTs the All-Russia Exhibition Center, Moscow, Russia.
0 Komentar untuk "Menakjubkan! Keunikan Rumah Terbalik di Russia. Membuat Anda Rasa Pening."