Menakjubkan! Hotel Kempinski Yanqi Lake, Rekabentuk Banggunannya Seperti Matahari Terbit.
Sebuah hotel di Beijing mampu menggambarkan sebuah matahari terbit melalui bentuk banggunannya. Hotel Kempinski Yanqi Lake mempunyai bangunan yang bentuknya seperti matahari terbit nan indah.
Hotel yang baru saja dibuka untuk orang awam itu mempunyai 21 tingkat dan 595 bilik serta 14 restoran. Terletaknya yang berada di tepi Tasik Yanqi memberikan kesan yang indah pada bentuknya. Bangunan indah tersebut juga dihiasi 10 ribu panel kaca yang menambah keindahan.
Bentuknya yang seperti matahari terbit disebut sebagai simbol kemakmuran, sedangkan bentuk bulatan di pintu masuk melambangkan kemenangan. Diperlukan 60 pereka untuk membuat yang dilakukan 9300 pekerja. Namun arkitek utamanya direka oleh Zhang Hai Ao bersama pasukannya dari Shanghai Huadu Architect Design Company.
"Kami membuat bersama pasukan antarabangsa kerana kami ingin mendapatkan pandangan orang di luar China untuk menterjemahkan reka bentuk seni bina kontemporari moden dan memperluaskan idea kami untuk menunjukkan budaya China ke dunia luar," kata Zhang Hai Ao.
Namun para tetamu boleh memilih pelbagai bilik dengan panorama indah serta menikmati kemudahan mewah di sana seperti lapangan golf, spa dan lain-lain. Hampir 45 km dari lapangan terbang antarabangsa Beijing juga dekat dengan Mutianyu Great Wall yang menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun.
0 Komentar untuk " Menakjubkan! Hotel Kempinski Yanqi Lake, Rekabentuk Banggunannya Seperti Matahari Terbit. "