Kerana Kad Tertelan Wanita Ini Mengkarate Mesin ATM Sehingga Jahanam.
Pengunjung salah satu pusat membeli-belah di China terkejut menyaksikan aksi karate wanita ini. Wanita ini membuat kecoh setelah mengkarate mesin Teler Automatik (ATM) yang terletak Shilong Jingshawan Shopping Mall, Provinsi Guangdong.
Wanita itu tidak memerlukan alatan apapun untuk membuat mesin ATM itu hancur. Hanya menggunakan tangan kosong ia berhasil menjahanamkan mesin ATM itu. Wanita yang belum diketahui namanya itu hanya memerlukan beberapa minit untuk membuat ATM tersebut rosak.
"Kita boleh melihat dari kamera keselamatan . Dia merobek display komputer ATM dengan paksa, "kata seorang saksi kepada media Southern Metropolis Daily. "Setelah membongkar mesin, dia bahkan berdiri di sana, seolah-olah tidak ada yang terjadi.
" Para pengunjung yang melihat kejadian tersebut tidak ada yang berani menghentikan aksi wanita tersebut. Bahkan, 3 pegawai keselamatan yang berada di tempat kejadian hanya terdiam melihatnya. Tidak lama kemudian, polis akhirnya datang ke lokasi kejadian dan menahan wanita itu. Ketika disoal siasat, dia mengaku kesal kerana kad tertahan ATMnya tersekat di mesin ATM.
Kerana ia tidak mengunakan alat apapun, polis syak mesin ATM itu memang sudah tua hingga boleh dirosakkan.
0 Komentar untuk "Kerana Kad Tertelan Wanita Ini Mengkarate Mesin ATM Sehingga Jahanam."