Anda penggemar pelancongan ekstrem? Mungkin kuil di China ini boleh menjadi salah satu destinasi yang menarik.
Kuil yang terletak di kaki gunung Heng, Shanxi, China ini memang berbeza dari kuil pada umumnya. Jika kuil umumnya dibina di tempat yang relative rata, strategik dan mudah dilihat serta dikunjungi semua orang, berbeza dengan kuil satu ini. Kuil unik ini dibina tergantung di sisi sebuah tebing curam. Hal ini lah yang kemudian membuat masyarakat menyebut kuil tersebut, sebagai Hanging Temple.
Tempat suci ini berdiri di atas tebing setinggi 75 meter. Kerana letaknya yang ekstrem, kuil ini menjadi salah satu tempat pelancongan kegemaran masyarakat tempatan mahupun luar negara. Ini lantaran untuk mencapai kuil ini, anda perlu menaiki jambatan yang cukup banyak. Selain itu, letaknya yang berada disisi tebing membuat sensasi tersendiri saat berkunjung ke tempat ini.
baca juga
Tercatat ada 40 buah kuil yang tergantung bebas di tebing curam ini. Kuil ini dibina melekat pada tebing dengan beberapa kayu penahan yang kelihatan memanjang ke bawah. Sejumlah kenikmatan akan anda rasakan mulai dari patung-patung bersejarah, peti-peti kuno, aneka diperbuat dari tanah liat, ukiran batu dari zaman dinasti yang berbeza-beza hingga pemandangan indah dari balik tebing.
Menurut 7 Wonders, pada awalnya kuil ini dibina di tebing untuk mengelakkan banjir hebat yang kerap melanda daerah Shanxi. Selain itu, kuil ini juga boleh menjadi tempat perlindungan dari hujan, cahaya matahari dan salji. Dibina sejak 1,500 tahun yang lalu, kini kuil ini menjadi tempat berdoa sekaligus tempat pelancongan bagi semua orang.
popular post
-
Kajian terhadap gua purbakala memang selalu menarik untuk diikuti , dari situ kita boleh mengetahui tata cara kehidupan masyarakat prasej...
-
Butchart Gardens adalah nama sebuah taman bunga yang berada Brentwood Bay, British Columbia, Canada dekat pulau Victoria dan Vancouver. ...
-
Sejenis buah kelapa besar yang unik ini bernama coco de meer, buah unik ini konon hanya ada di satu negara saja, bertahun-tahun yang la...
-
David Nott, seorang doktor sukarelawan untuk kebajikan perubatan Perancis Medicine Sans Frontierescame cuba untuk menyelamatkan seorang...
-
New York: Ia papan luncur termahal di dunia, dijual dengan harga mengejutkan £9,000 (RM48,830). Papan itu disalut dengan emas tulen dan b...
-
Ada banyak buah yang mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk badan, namun hanya beberapa buah yang spesifik sangat baik untuk kesi...
-
Mempunyai hobi game ternyata juga boleh mendatangkan banyak keuntungan. Pemain game handal seperti Jonathan Wendel, Lee Young Ho dan bany...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Hanging Temple Kuil Ekstrem di China yang Terletak di Tebing Curam."