Foto kredit mstar.com.
Bayi baharu lahir kepada seorang penumpang wanita warga Australia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH135, yang mendarat cemas di Bali pada Jumaat, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
MH135 terpaksa membuat pendaratan cemas apabila penumpang wanitanya mahu bersalin.
Samual P. Jeyanthi dibawa ke Hospital Kasih Ibu di Bali selepas MH135 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada kira-kira pukul 2.10 petang, sebaik sahaja pesawat itu mendapat kebenaran untuk dilencongkan dari laluan asal Kuala Lumpur-Brisbane.
Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan ketua perkhidmatan perubatan Diah Ratna Dewi sebagai berkata, bayi itu sudah pun dilahirkan dan meninggal dunia apabila penumpang wanita itu tiba di hospital.
"Kita jangka bayi berkenaan lahir kira-kira satu hingga satu setengah jam sebelum kita terimanya. Pesakit memakumkan kepada kita bahawa dia tiada masalah dengan kandungannya," katanya dipetik sebagai berkata.
Doktor itu menambah bahawa wanita itu dirawat dan diambil oleh syarikat penerbangan itu pada kira-kira pukul 9 malam.
Penerbangan MH135 yang membawa 178 penumpang itu kembali berlepas ke Brisbane selepas dua jam ia membuat pendaratan cemas di Bali.mstar.com.
popular post
-
Jeff Bloch, adalah peminat American race-car yang suka membuat pelbagai contraptions gila untuk popular. Pencapaian terbaru beliau - kend...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setel...
-
Seekor kucing jantan ganjil menjadi sensasi di internet selepas pemiliknya memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan haiwan itu me...
-
Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Go...
-
Di zaman yang serba canggih dan praktikal seperti sekarang ini, dunia seolah-olah memang memerlukan teknologi. Tidak cuma teknologi digita...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Bayi Punca MH135 Mendarat Cemas Meninggal Dunia "