Pegawai pastikan tiada penipuan peperiksaan masuk universiti seluruh China
Beijing: Langkah keselamatan luar biasa diambil untuk memastikan tiada penipuan berlaku ketika sembilan juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh China.
Seorang pelajar diperiksa sebelum masuk ke bilik peperiksaan di Jilin, wilayah Timur Laut China. |
Peperiksaan yang bermula semalam menyaksikan pihak berkuasa pendidikan turut melarang pelajar memakai coli berkancing besi.
Di wilayah timur laut Jilin, pelajar dilarang memakai pakaian ada besi di dalamnya.
Pihak berkuasa pendidikan memasang alat di pusat peperiksaan untuk mengesan ‘alat penipuan tanpa wayar’, lapor akhbar Global Times.
Petugas peperiksaan memeriksa isyarat radio bagi memastikan tiada pelajar menipu di pusat peperiksaan Qingdao, wilayah Shandong, Timur China. |
Pelajar guna telefon pintar
Pihak berkuasa berhati-hati mengenai kemungkinan calon menggunakan alat seperti telefon pintar yang lebih kecil dan mudah untuk disembunyikan sebagai alat bantuan ketika ujian berlangsung.
Seramai 9.12 juta pelajar sekolah tinggi berdaftar di seluruh China untuk menduduki peperiksaan penting selama dua hari yang dipanggil ‘gaokao’, menurut laporan yang memetik Kementerian Pendidikan.
Pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan alat berteknologi tinggi bertujuan menipu dalam peperiksaan itu, lapor Global Times.
Ada juga langkah yang diambil bertujuan memastikan pelajar tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya dianggap keterlaluan.
Antara gambar yang dikirimkan di internet menunjukkan kereta bomba juga digunakan untuk menghantar seorang pelajar berpakaian seragam ke pusat peperiksaan di sebuah kawasan pedalaman Mongolia.
Bandar Guangzhou pula memperkenalkan laluan khas kenderaan yang membawa pelajar ke pusat peperiksaan, lapor media tempatan. - AFP
0 Komentar untuk "Pelajar Dilarang Pakai Colli Berkancing Besi Di China."