Menakjubkan! Doktor Berjaya Membuang Tumor Pada Ikan Emas


Salah Satu pembedahan yang rasanya mustahil baru saja dilakukan oleh doktor haiwan Tristan Rich di Australia. Ia berjaya melakukan pembedahan otak pada seekor ikan emas bernama George. Pembedahan tersebut dilakukan di Hospital Haiwan loRT Smith, Melbourne. Doktor mengangkat tumor pada otak yang sudah dideritanya selama setahun oleh ikan mas berusia 10 tahun itu. Ketumbuhan bersaiz besar itu membuat si ikan kesulitan untuk makan dan berenang.

George yang beratnya 80 gram dibius  dan menjalani pembedahan selama 45 minit yang dilakukan di luar air. Diperlukan 3 ember air iaitu seember untuk membius, seember diselang ke tubuhnya agar tetap tertidur selama operasi dan baldi berisi air dengan oksigen tinggi untuk pemulihan.

"Ini adalah
pembedahan yang sukar dan perlu sangat berhati-hati agar tidak kehilangan banyak darah," kata Dr Rich yang sudah melakukan 10 kali pembedahan ikan mas. "Kos boleh beratus-ratus dollar yang sebahagian besar untuk pembiusan. Tetapi prosedur asalnya sangat cepat dan selamat."

Dengan tahap
pembedahan yang sukar itu, pemilik George harus membayar 111 Poundsterling . Jika kesihatannya terjaga maka ikan mas itu masih boleh hidup hingga 30 tahun kemudian. "George kini sihat. Dia sekarang boleh berenang dengan gembira," kata Dr. Rich.




 
0 Komentar untuk "Menakjubkan! Doktor Berjaya Membuang Tumor Pada Ikan Emas"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info