Keindahan Tasik Baikal Apabila Membeku Yang Mempersonakan..
Terletak di bahagian selatan Siberia di Russia, sebuah tasik air tawar dengan pemandangan yang indah . Dengan digelar sebagai ”The Pearl of Siberia”, Tasik Baikal di Rusia ini mempunyai kedalaman dan kejernihan air yang luar biasa.
Tasik ini adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua berusia lebih kurang 30 juta tahun dan yang kedua terbesar selepas Laut Kaspia.
Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia. Ia juga dikenali kerana saiznya.
Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik itu ialah beratus kilometer dari laut berdekatan.
Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia. Sejak 1992 tasik itu dan keseluruhan kawasan yang mengelilinginya telah ditetapkan sebagai taman negara.
Baikal yang kini merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian indah.
Ketika ini, Tasik Baikal merupakan salah satu lokasi warisan dunia yang terletak di selatan Siberia di Rusia, antara Oblast Irkutsk di barat laut dan Buryatia di tenggara, berhampiran kota Irkutsk. Nama ini berasal dari kata Tatar “Bai-Kul” – “tasik kaya”.
Baikal adalah representasi tasik dengan warna biru yang sangat ketara. Ini sekaligus menunjukkan kejernihan Tasik Baikal, yang airnya boleh diminum secara langsung tanpa penyaringan.
Pada musim sejuk, seluruh air di Tasik Baikal berubah menjadi ais dan menjadi antara pemandangan paling menakjubkan di dunia.
0 Komentar untuk "Keindahan Tasik Baikal Apabila Membeku Yang Mempersonakan.."