Reuters DUA kru pesawat peninjau P-8 Poseidon melihat keluar tingkap ketika misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi baru-baru ini. |
PERTH - Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia.
Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.
Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.
Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.
Reuters LEFTENAN Komander David Mims berjalan berhampiran pesawat P-8 Poseidon selepas pulang daripada misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi kelmarin. |
0 Komentar untuk "MH370; Pesawat Paling Canggih AS Gagal Kesan Kapal Terbang MH370 "