Foto Cara-cara Pemprosesan Penghasilan Mutiara.


Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas.

Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai conchiolin.


 Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali, ibu mutiara (mother-of-pearl). Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya.

Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.

Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!

Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi. Orang Jepun misalnya, memasukkan sejenis bahan asing ke dalam tiram. Mereka mahu tiram membiak dengan menghasilkan banyak mutiara di sekelilingnya.













0 Komentar untuk "Foto Cara-cara Pemprosesan Penghasilan Mutiara."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info