Kulit wanita biasanya sangat sensitif terhadap pelbagai calar. Namun wanita ini boleh menggambar pelbagai macam corak atau tulisan hanya dengan menggoreskan sudu ke permukaan kulitnya. Wanita bernama Sarah Beal ini mengaku mempunyai kelainan bernama Dermatographia dimana ia boleh menggambar pelbagai tulisan atau lakaran di kulitnya dengan menggunakan sudu.
Menariknya tulisan tersebut boleh membengkak sehingga mewujudkan kesan timbul pada kulitnya. Tidak hanya itu saja, tulisan tersebut juga boleh menghilang secara misteri dalam masa 1 jam selepas dilukis. Sarah mendedahkan bahawa kelainannya tersebut sudah menyerangnya sejak 3 tahun yang lalu. Gejala awal yang ditimbulkan adalah kulit sensitif dan gatal yang luar biasa.
Namun ketika digaru ada sesuatu yang menarik di kulitnya yakni kesan timbul seperti pola atau lakaran tatto. "Aku mengambil sudu dari dapur dan mula menggambar hati di lengan saya," cerita Sarah. "Ketika aku melihat gambar hati muncul di kulitku, aku suka. Aku lalu memuat naiknya di Facebook dan teman-temanku memuji sebagai sebuah karya yang menarik." Meskipun begitu, kelainan Dermatographia ternyata membuat Sarah menderita. Beberapa calar kecil boleh membuat kulit wanita berumur 43 tahun ini menjadi bengkak dan panas.
Bengkak ini disebabkan oleh pelepasan histamin dari sel-sel kulit sehingga membuatnya gatal-gatal dan menimbulkan warna merah. "Pakaian dan selimut kadang boleh berubah menjadi seperti jarum-jarum yang menusuk kulitku," katanya lagi. "Perhiasan yang melekat di leherku juga memberi kesan yang menyakitkan. Meskipun begitu aku senang dengan kemampuan menggambar di kulitku kerana itu adalah hal yang sedikit unik dan berbeza."
popular post
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. S...
-
Seorang gadis warga Singapura berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah di Singapura dengan mengenakan pakaian dengan bahagian punggun...
-
Disebut dengan bunga 'Orkid Monyet', mendengar namanya saja rasanya seperti tidak percaya bila ada bunga yang menyerupai monyet. ...
-
Seorang lelaki, Tadas Maksimovas berasal dari VILNIUS, Lithuania menjadi popular di internet selepas rakamannya bermain biola menggunakan ...
-
Pasir Tujuh Warna atau dalam bahasa Perancis disebut Terres des Sept Couleurs adalah suatu objek pelancongan yang boleh didapati di Chama...
-
Rumah memang menjadi tempat paling selesa dan mendamaikan bagi setiap orang di seluruh dunia . Namun pemilik rumah satu ini tidak boleh h...
-
Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac memang sudah berlalu. Akan tetapi, bersemangat sebahagian orang awam dunia masih kelihatan. Sep...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Wanita Ini Mampu Melukis di Tubuhnya Seolah-olah Mencacah Tatu."