Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.
Misi mencari pesawat MH370 diperluaskan hampir 27,000 batu nautika ( lebih 90,000 kilometer persegi) dan membabitkan tentara laut dan tentera udara dari pelbagai negara.
Lokasi didakwa pesawat terhempas yang dirakam satelit China di kawasan penerbangan MH370 terputus hubungan dari radar. |
Pihak berkuasa Malaysia kemudiannya memperluaskan operasinya ke Laut Andaman, utara Indonesia,
Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.
Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.mstar.com.
0 Komentar untuk "Satelit China Kesan Kawasan Disyaki Pesawat Terhempas"