Nelayan Terjumpa Rakit Getah Berkemungkinan Milik Pesawat MH370


Alor Gajah: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas terputus hubungan gagal dikesan menerusi radar.

Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan.

"Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 terbabit.

"Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan," katanya di sini, sebentar tadi.



Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.


Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.

"Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba mensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenalpasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang," katanya.hmetro.com.my
0 Komentar untuk "Nelayan Terjumpa Rakit Getah Berkemungkinan Milik Pesawat MH370"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info