PETALING JAYA: Polis telah memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mengambil simulator penerbangan yang terdapat di rumahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar-pakar dengan harapan ia membantu memberi petunjuk untuk mencari pesawat yang hilang.
"Polis telah mengambil 'flight simulator' juruterbang dan semuanya yang dapat membantu kami.
"Kami menanggalkannya di rumah dan memasangnya semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar," katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, Ahad.
Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
"Kami telah pergi ke rumah juruterbang dan pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarganya.
"Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang," katanya.
Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.
Beliau menegaskan, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.
Beliau menambah, siasatan polis akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.
Jelasnya, siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara.mstar.com.my
popular post
-
Jeff Bloch, adalah peminat American race-car yang suka membuat pelbagai contraptions gila untuk popular. Pencapaian terbaru beliau - kend...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setel...
-
Seekor kucing jantan ganjil menjadi sensasi di internet selepas pemiliknya memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan haiwan itu me...
-
Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Go...
-
Di zaman yang serba canggih dan praktikal seperti sekarang ini, dunia seolah-olah memang memerlukan teknologi. Tidak cuma teknologi digita...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370: Polis Ambil 'Flight Simulator' Juruterbang "