WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia yang hilang berada di udara selama empat jam selepas terputus hubungan, Wall Street Journal melaporkan Khamis.
Menurut laporan tersebut, penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara mendasarkan teori mereka kepada data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Rolls Royce yang mencadangkan bahawa Boeing 777 terbang selama lima jam.
WSJ mengaitkan maklumat itu kepada dua sumber yang tidak dapat dikenalpasti yang 'biasa dengan butiran' tersebut.
Ini bermakna, penerbangan Malaysia Airlines yang mempunyai 239 orang di atas kapal mungkin membuat perjalanan selama beratus-ratus batu selepas membuat hubungan terakhir dengan kawalan trafik udara pada kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu, kira-kira satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pasukan carian telah pun meliputi kawasan yang besar yang terdiri daripada 27,000 batu nautika (lebih 90,000 kilometer persegi) dari Laut China Selatan di perairan barat Malaysia.
Penyiasat menjelaskan bahawa mereka masih menimbangkan bahawa berlakunya rampasan sebagai salah satu teori siasatan dan CIA tidak menolak kehilangan mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.
"Pegawai antikeganasan AS berkata terdapat kemungkinan juruterbang atau seseorang yang lain di atas pesawat itu mungkin mengalihkan pesawat ke arah lokasi yang tidak didedahkan selepas sengaja mematikan transponder pesawat untuk mengelakkan daripada pengesanan radar," lapor WSJ, memetik "seorang yang membuat pengesanan dalam siasatan".
Ketidakpastian mengenai pesawat dan mengapa transponder tidak berfungsi "telah menimbulkan teori di kalangan penyiasat bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas atas sebab-sebab yang kelihatan tidak jelas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat". mstar.com.my
popular post
-
Jeff Bloch, adalah peminat American race-car yang suka membuat pelbagai contraptions gila untuk popular. Pencapaian terbaru beliau - kend...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setel...
-
Seekor kucing jantan ganjil menjadi sensasi di internet selepas pemiliknya memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan haiwan itu me...
-
Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Go...
-
Di zaman yang serba canggih dan praktikal seperti sekarang ini, dunia seolah-olah memang memerlukan teknologi. Tidak cuma teknologi digita...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370; Pesawat Disyaki Terbang Empat Jam Selepas Terputus Hubungan "