Seorang wanita di China apabila mukanya menjadi besar akibat daripada tumor yang ada pada bahagian mukanya.
Li Hongfang yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung.
Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.
Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).
Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.
Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.
Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.
“Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa,” katanya.
Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.
Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan.
“Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya,” ujarnya.
Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.
“Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga,” katanya.
Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.
Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.
“Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.
“Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka,” katanya sedih.
Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.
Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.
Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.
“Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula,” katanya.
Related Post
Cerita Seram Disebuah Lorong Sunyi. Misteri lorong sunyi. Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halu…
Video, Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib.. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an . Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya , n…
Video. Kapal-Kapal Hantu Penuh Misteri Ditemui di Jepun. Selama dua bulan terakhir, di laut Jepun ditemui kira-kira lapan kapal kargo. Anehnya, kapal yang kelihatan sangat tua…
Cerita Seram , Arwah Si Ibu Melawat Jenazah Anaknya. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang ja…
Cerita Seram Tentang Dendam Mayat Hangus. Bekerja sebagai seorang pemandu teksi memang banyak risikonya. Terutama jika terpaksa mengambil penumpang pad…

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
popular post
-
Makanan jalanan (Street Food) Korea selalu sedikit aneh, tetapi meriam jagung ini kelihatan sangat unik dan luar biasa. Entah bagaimana ca...
-
Siapa kata ikan masin hanya menjadi makanan rakyat kelas bawah orang Malaysia? Faktanya, ikan masin adalah bahan makanan yang digunakan b...
-
Lelaki berasal dari China bernama Huang Baoquan ini mempunyai rahsia agar tubuhnya tetap kuat di usianya yang sudah mencapai 55 tahun. ...
-
Seorang usahawan berasal dari Taiwan baru-baru ini membeli pangsapuri di syarikat Hangzhou. Yang mengejutkan, lelaki itu membayar wang mu...
-
Bangkai pesawat TransAsia Airways yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan. Foto AFP TAIPEI: Seramai 51 ...
-
Zoroastrianisme adalah sebuah agama yang pertama kali dicetuskan oleh Zarathustra, seorang ahli falsafah dari Parsi. Seperti agama-agama ...
-
Dari atas corak hitam ini kelihatan seperti tumpahan minyak dari kapal tangki. Namun setelah dilihat dari dekat, ternyata itu adalah kawan...
-
Pemusnah kereta kebal, adalah jenis kenderaan juang berperisai bersenjatakan dengan meriam, atau pelancar peluru berpandu, dan direka khu...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Wanita Ini Mempunyai Wajah Pelik Seperti Raksasa Jadian"