Berjalan Guna Kasut Besi Seberat 405 kg.
BEIJING - Alas kaki yang berat biasanya dianggap tidak selesa bagi sesetengah orang, tetapi tidak untuk lelaki berasal dari China , Zhang Fuxing . Dia berjalan setiap pagi menggunakan sepasang kasut besi seberat 405 kilogram.
Selama lebih dari tujuh tahun , Zhang menghabiskan paginya dengan bersenam mengenakan sepasang kasut yang diperbuat daripada blok besi yang berat . Kasut ini dibuat menggunakan potongan pengelasan besi sepanjang 30centimeter (cm) dan lebar 20cm .
Pada awalnya, kasut unik milik Zhang hanya seberat 70 kilogram , tetapi lelaki separuh baya ini menambah beban pada sepatunya agar latihannya semakin berkesan. Zhang mengatakan bahawa biasanya dia berjalan menggunakan kasut besinya itu selama 20 minit setiap pagi .
Kasut setinggi 40 cm ini dibiarkan diletak di depan rumahnya kerana Zhang tidak bimbang kasut uniknya ini dicuri orang . Seperti yang dilaporkan Oddity Central Zhang bercadang untuk menambah beban lagi pada kasutnya tahun depan kerana ingin mencatatkan namanya ke dalam buku Guinness World Records .
0 Komentar untuk "Berjalan Guna Kasut Besi Seberat 405 kg."