Jalan Paling Pendek Didunia.


Ebenezer Place, terletak di Wick, Scotland iaitu antara Union Street dan River Street. Ebenezer Place  secara rasmi diiktiraf sebagai jalan terpendek di dunia selepas Guinness Book of Records mencatatkan pada tahun 2006. Secara rasmi jalan tersebut hanya berukuran 2.06 meter, saiz itu mengalahkan rekod sebelumnya yang dimiliki Elgin Street, di Lancashire dengan saiz 5.2 meter.



Yang unik dari jalan ini bahawa dalam laluannya hanya mempunyai satu alamat iaitu pintu depan no 1 Bistro, yang merupakan sebahagian dari Mackays Hotel. Ini merupakan satu-satunya alamat yang ada di jalan tersebut kerana tidak ada ruang lagi yang boleh diduduki oleh bangunan lain. Walaupun penghargaan sebagai jalan terpendek di dunia baru didapatkannya beberapa tahun lalu namun jalan ini sudah ada sejak zaman dahulu.

Kisahnya bermula oleh cerita kejayaan Alexander Sinclair di Amerika yang memutuskan untuk kembali ke negara asalnya di Scotland pada tahun 1880-an. Di bandar kecil Wick ia membina sebuah hotel bernama MacKay Hotel. Hotel ini dibina tepat di persimpangan Union Street dan River Street.



Kemudian pada tahun 1883 terbentuklah jalan Ebernezer. Jalan itu terbentuk dari sisi terpendek hotel yang berada di persimpangan tadi. Padaketika itu datuk bandar menyuruh si pemilik hotel untuk mencetak sebuah nama di sisi terpendek dari Mackay Hotel. Si pemilik hotel akan menuruti perintah tersebut dan lahirlah jalan terpendek di dunia walaupun pada masa itu belum secara rasmi diiktiraf sebagai sebuah jalan hingga tahun 2006 Guinness Book of Records mencatatnya sebagai jalan terpendek di dunia.



0 Komentar untuk " Jalan Paling Pendek Didunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info