Salah satu tempat yang penting dalam kehidupan manusia adalah tandas. Jika tidak ada tandas, tentunya kita akan merasa gelisah untuk buang hajat di mana-mana tempat. Dengan adanya tandas, kita menjadi lebih bersih. Selain mengutamakan fungsi, ternyata tandas pun boleh direka dengan model yang unik dan aneh.
Sebuah tandas di stesen minyak Filipina tengah menjadi perbincangan hangat di dunia maya. Sebabnya, tandas yang terletak di Tagbilaran, Bohol, itu sangat unik dan mempunyai suasana yang selesa. Maka wajar saja jika banyak pengunjung stesen minyak yang betah berlama-lama di dalam tandas.
Tandas unik ini tentunya jauh dari kesan daki air. Dibentangkan dengan lukisan-lukisan indah yang menghiasi dinding serta rak buku, membuat tandas tersebut mirip seperti ruang baca atau perpustakaan mini. Bahkan ada pengunjung yang memberi komen jika tandas ini lebih mewah dari pangsapuri miliknya. Hiasan indah lain juga kelihatan menghiasi tandas.
Rupanya persaingan antara stesen minyak di Filipina adalah alasan utama di balik pembuatan tandas unik ini. Rex G. Carampatan, pemilik stesen, mengaku ada persaingan yang ketat dalam memberikan harga dan perkhidmatan terbaik di stesen minyak, termasuk kemudahan tandas. Hingga ia pun memutuskan untuk melakukan sesuatu yang berbeza di stesen bensinnya.
Rex menghabiskan masa tiga bulan untuk mengubahsuai dan menambah kemudahan tandasnya. Hal ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang berbeza bagi para pengunjung. "Jika kita kreatif, kita boleh melihat peluang dalam industri lain seperti pelancongan" ujarnya.
Tidak hanya itu, stesen minyak yang di bangun oleh Rex mempunyai siri kemudahan lain. Beberapa kemudahan tersebut diantaranya adalah ruang serbaguna yang boleh menampung 20 orang dan dilengkapi projektor serta perkhidmatan WiFi. Ada pula lounge kopi yang dilengkapi perabot buatan tempatan sehingga pengunjung boleh berehat sambil menunggu tangki kenderaan terisi.
popular post
-
Seorang wanita telah bersatu kembali dengan kucingnya yang hilang 12 tahun yang lalu, selepas dia ditemui hidup di sebuah pusat pemulihan...
-
Tai Chi merupakan seni bela diri yang berasal dari China. Sebahagian orang menyebut Tai Chi sebagai proses pengantaraan yang dibalut dalam...
-
Pada bulan Ogos 2013, Xiao Li dari Pingu di Zhejiang tiba-tiba pengsan kerana mengalami pendarahan teruk di otaknya. Pendarahan itu berl...
-
Penjara dibangunkan untuk menghukum para penjenayah selain mereka di hukum para banduan di penjara juga di bekali beberapa kemampuan agar me...
-
Seks bebas merupakan salah satu penyebab utama penyebaran HIV atau AIDS dan penyakit berjangkit yang lain. Pelbagai cara dilakukan untuk me...
-
Pemancing bernama Dino Ferrari berjaya menangkap dan mengeluarkan kembali Catfish seberat 280-pon (127 kg) berukuran panjang 2.67 meter. ...
-
Saat seorang bayi hadir di dalam sebuah keluarga, sesiapa ingin menggendong dan membelainya, terutama si ibu. Namun, keinginan itu perlu ...
-
Satu acara tahunan yang memerlukan peserta membiarkan tubuh mereka dihinggapi ribuan ekor lebah telah diadakan di Clovermead Apiaries di ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info




0 Komentar untuk "Tandas Dengan Reka Bentuk Seperti Pangsapuri"