Tidur di Cyber Cafe Kerana Tidak Mampu Sewa Rumah


 Bagi penduduk Jepun, mencari tempat tinggal di bandar besar seperti Tokyo jauh lebih susah berbanding mendapatkan akses internet. Perkara itu dirasakan oleh Fumiya (26) yang sudah hampir setahun menghabiskan malamnya di cyber cafe yang banyak tersebar di Tokyo.

Mulanya, Fumiya terganggu dengan suara dengkuran dan langkah kaki pengunjung
cyber cafe di malam hari. Namun setelah beberapa bulan merasakan tidur di  cyber cafe hal seperti itu tidak lagi mengganggunya. Fumiya menutupi wajahnya dengan selimut agar cahaya lampu yang tetap menyala sepanjang malam tidak mengganggunya.

"Tidur di 
cyber cafe ternyata tidak seburuk itu," kata Fumiya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman disposableworkers.com.

Fumiya tinggal di 
cyber cafe sejak berhenti dari pekerjaannya dan tidak lagi mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyewa apartmen. Akhirnya, Fumiya memutuskan menyewa bilik khas di  cyber cafe selama 12 jam hanya untuk tidur. Selang berapa lama, Fumiya berfikir bahawa dia boleh memanfaatkan bilik itu sebagai tempat tinggal.

Fumiya memilih pakej diskaun bulanan selama tinggal di bilik 
cyber cafe tersebut. Fumiya hanya perlu membayar 1,920 yen atau US $ 25 per hari atau US $ 750 per bulan untuk boleh tidur di bilik  cyber cafe. Harga itu masih jauh lebih murah bila dibandingkan dengan menyewa apartmen di Tokyo.

Ketika ini, Fumiya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan 230,000 yen  atau US $ 2,900 per bulan. Menurutnya,  1 juta yen  atau US $ 13,000 digunakan untuk membayar. Fumiya mengakumempunyai waktu sekitar dua hingga lima tahun untuk mengumpul wang sebanyak itu dengan pekerjaannya sekarang.






0 Komentar untuk "Tidur di Cyber Cafe Kerana Tidak Mampu Sewa Rumah"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info