Pada bulan Ogos 2013, Xiao Li dari Pingu di Zhejiang tiba-tiba pengsan kerana mengalami pendarahan teruk di otaknya. Pendarahan itu berlaku ketika ia bermain game online tanpa henti dan kurang tidur.
Mac 2014, 200 hari selepas ia dirawat di Hospital Shenzhen, seorang jururawat menyedari bahawa Xiao Li menunjukkan respon meskipun sangat minimum. Sebelum itu, lelaki ini memang sama sekali tidak boleh menggerakkkan jarinya.
Namun pada awal tahun 2015, jururawat mengambil sekeping wang 100 yuan dari poketnya untuk menarik perhatian Xiao Li. Saat itu, ada seseorang di samping Xiao Li yang memberitahunya bahawa dia boleh mengambil wang tersebut.
Secara mengejutkan, pemuda itu ternyata mampu mengangkat tangannya yang menggeletar untuk mengambil wang tersebut. Itulah pertama kalinya Xiao Li 100 peratus sedarkan diri. Meskipun menghabiskan masa kira-kira lima minit untuk meraih wang, Xiao Li berjaya mencapai kemajuan terbesar dalam masa penyembuhannya.
Doktor Liu yang merawatnya menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi kenaikan Xiao Li. Lelaki itu memang masih muda dan menerima rawatan yang tepat untuknya.
"Walaupun (Xiao Li) terjaga, kemampuannya untuk menggerakkan tangannya masih kurang baik," kata Liu. "(Keluarganya) menggunakan lebih banyak wang untuk menarik perhatiannya untuk merangsang reaksinya."
Xiao Li akhirnya memenuhi syarat untuk meninggalkan hospital. Ibu Xiao Li sendiri kini membiarkan anaknya untuk bermain "Fruit Slice" di iPad untuk melatih motoriknya. Tetapi tentu tidak sampai Xiao Li berjaga malam lagi.
popular post
-
Walaupun dari gambar kelihatan sangat panas , sebenarnya suhu di Salar de Uyuni cukup panas , hanya antara 13 darjah hingga 21 darjah ...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setela...
-
. Syarikat pembuat anak patung berasal dari Jepun, Orient Industry, telah mencipta boneka seks yang sangat sempurna dan mirip dengan man...
-
Seorang perempuan yang hidup di sebuah kota Mesir kuno, lebih dari 3300 tahun lalu mempunyai gaya rambut rumit dengan helaian tambahan yan...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan se...
-
Pelbagai cara untuk mengurut badan, tapi kali ini mungkin yang paling aneh. Li Chia melakukan teknik mengurut dengan berguling-guling d...
-
Buku resipi masakan ini adalah yang paling kecil di dunia dengani ukuran panjang dan lebar 1 cm dan berat kira-kira 5 miligram, mengandu...
-
1. Kaum Gypsy Kaum Gypsy adalah pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan bahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarn...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Bangkit dari Koma Setahun Gara-Gara Sekeping Wang Kertas."