Makan 110 Sosej Dalam Masa 10 Minit
Lelaki berasal dari Jepun baru saja mencatatkan rekod dunia baru dalam pertandingan makan. Takeru Kobayashi berjaya menelan sosej ke-110 di hadapan orang ramai yang memadati New York State Fair, hujung minggu lalu. Pencapaiannya itu sekaligus menjadi prestasi pemecahan rekod dunia terbaru Takeru.
Takeru berjaya membuat para penonton terpukau ketika memakan 110 sosej hot dog hanya dalam masa 10 minit. Setelah selesai ia mengaku masih lapar dan tidak keberatan makan sosej lagi. Takeru juga mendedahkan strateginya hingga boleh makan dengan cepat.
"Aku melebarkan perutku dengan minum banyak air," terang Kobayashi selepas memecahkan rekod. "Sebelum pertandingan ini aku minum tiga gelen air dalam satu minit."
Lelaki berusia 34 tahun ini sudah lama memegang Guinness World Records untuk pelbagai pertandingan makan. Prestasinya tersebut membuatnya menjadi ahli International Federation of Competitive Eating (IFOCE). Takeru menjadi menjadi pesaing terkuat di semua pertandingan makan di seluruh dunia.
Tahun lalu Takeru berjaya makan 49 hot dog. Selain itu pernah juga menghabiskan 32 telur dalam masa satu minit. Sedangkan pada 2010 Takeru pernah memakan satu hidangan pizza hanya dalam masa kurang dari satu minit.
0 Komentar untuk "Makan 110 Sosej Dalam Masa 10 Minit"