Dilihat dari atas melalui udara foto nampak seperti sebuah taman permaianan raksasa yang luar biasa luas. Taman yang dipenuhi ribuan cermin simetri pekeliling berpusat pada satu titik menara di tengah. Tapi ini bukan taman permaianan melainkan sebuah pemasangan loji kuasa solar.
Ia adalah Gemasolar Power Plant, sebuah loji kuasa solar pertama di dunia. Dengan keluasas 185 hektar tersebar lebih dari 2,600 cermin panel besar yang masing-masing berukuran 120 meter persegi.
Loji kuasa yang berada di di Fuentes de Andalucia, Sevilla, Sepanyol ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 20 Megawatt. Ia mampu memenuhi keperluan elektrik 25,000 rumah selama 24 jam.
Cara kerjanya dengan menggunakan ribuan panel cermin cahaya matahari dipantulkan ke sebuah tangki yang mengandungi air garam nitrat. Panas matahari yang dihasilkan mencapai suhu lebih daripada 900 darjah Celsius sehingga membuat air garam mendidih. Wap air garam yang mendidih itu menggerakkan turbin wap dan mampu menghasilkan tenaga elektrik.
Menariknya, loji kuasa solar ini masih boleh bekerja meskipun dalam cuaca mendung, bahkan di malam hari pun juga masih berfungsi. Ia menyimpan tenaga yang berlebihan di sebuah bateri haba raksasa. Sehingga tanpa cahaya matahari ia masih mampu berfungsi untuk menggerakkan turbin hingga 15 jam.
Dibina oleh kerja sama dua syarikat, iaitu syarikat tenaga Abu dhabu Masdar dan syarikat teknik Sepanyol Sener, Torresol Tenaga. Pembangunannya memerlukan masa sehingga dua tahun dengan bayaran £ 260 million.
Sevilla merupakan salah satu kawasan yang paling cerah dan kaya akan cahaya matahari di Eropah. Itulah mengapa Gemasolar Power Plant itu dibina di sana.
popular post
-
. Syarikat pembuat anak patung berasal dari Jepun, Orient Industry, telah mencipta boneka seks yang sangat sempurna dan mirip dengan man...
-
Media sosial seringkali menjadi wadah bagi trend-trend baru yang muncul. Mulai dari gaya rambut hingga fashion yang unik. Beberapa waktu lal...
-
Terdapat sebuah restoran di bandar Harbin, China, menggunakan 20 robot dan bukannya manusia yang memasak, berkhidmat dan melayan tetam...
-
Polis Astana, Kazakhstan tampak terkejut melihat penemuan ribuan tanaman ganja yang tumbuh subur dan ditanam di taman bandar. Padahal, ga...
-
Pada Disember 2012, jurugambar National Geographic, Michael "Nick" Nichols pergi ke Taman Nasional Sequoia di California untu...
-
Butchart Gardens adalah nama sebuah taman bunga yang berada Brentwood Bay, British Columbia, Canada dekat pulau Victoria dan Vancouver. ...
-
Seorang budak 5 tahun berasal dari India jadi mangsa seorang dukun. Dia dipenggal untuk hidangan kepada dewa kepercayaan si dukun. Ayah m...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan sete...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Loji Kuasa Solar Boleh Berfungsi Dalam Waktu Malam"