Saat bercuti banyak traveler yang menginap di hotel yang murah hingga yang bertaraf bintang. Namun kami yakin jika anda belum pernah merasakan menginap di hotel yang bergantung di ketinggian 2743 meter di atas permukaan laut. Tentu akan sangat mendebarkan jika menginap di sana.
Hotel ini benar-benar nyata dan ada di dunia. Anda boleh menghabiskan malam di ketinggian 2 kilometer lebih di angkasa. Sepintas dibayangkan berada di penginapan seperti itu akan membuat jantung anda berdebar kencang namun lihatlah hiasan bilik ini, begitu indah dan akan membuat anda lupa jika sedang berada di salah satu puncak tertinggi di dunia.
Penginapan ini boleh anda nikmati dalam cable car bersuspensi yang akan digantung di titik tertinggi dari resort ski Courchevel di kawasan Rhône-Alpes, Perancis. Pada pandangan pertama, benda ini nampak seperti lif ski sederhana tapi saat masuk ke dalam bilik akan nampak dalaman yang begitu mewah.
Bilik ini direka untuk boleh menampung 4 orang. Para tetamu yang menginap di bilik ini akan disajikan pemandangan Alps yang begitu mempesona. Saat jamuan makan, cable car ini akan dihentikan sementara di tengah-tengah lintasan, tujuannya agar tetamu dapat melihat penorama gunung Alpen dari dalam bilik.
Pada keesokan pagi, anda boleh berhenti di 3 Vallées. Tempat ini adalah salah satu resort ski paling disukai para pelancong dunia. Untuk menginap di hotel yang luar biasa ini, ada beberapa peraturan khusus yang harus diperhatikan para tetamu. Salah satunya tidak boleh menjerit dan membuat gaduh selama berada di bilik sebab ini akan mengganggu kambing gunung yang sedang berehat.
Namun sayang, cable car ini hanya diperuntukkan sebagai tempat tidur saja sebab tidak ada bilik mandi di dalamnya. Para tetamu mesti menunggu kereta berjalan dan berhenti di stesen kereta kabel untuk sekadar buang air kecil.
popular post
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Liu Dejian, seorang ahli perniagaan berasal dari China yang mempunyai perniagaan permainan perkhidmatan internet ini mempunyai idea yan...
-
Mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing memang menjadi hobi tersendiri bagi sebahagian besar orang. Para pecinta haiwan bia...
-
Ikan ini mungkin kelihatan seperti buaya, tetapi ia bukanlah buaya. Ini n ikan gergasi dipanggil alligator gar (Atractosteus spatula) dan ...
-
Kemampuan menyamar atau berkamuflase sangat penting bagi meneruskan hidup di alam bebas. Penyamaran juga boleh dalam pelbagai bentuk, b...
-
Giant Gippsland adalah cacing tanah terbesar di dunia dengan panjang mencapai 2 meter . Cacing raksasa ini boleh didapati di Gippsla...
-
Apa yang menjadi minat anda ketika datang ke seuah pameran kereta? Adakah ingin melihat model-model terbaru dari kereta, atau sekadar c...
-
Seorang usahawan berasal dari Taiwan baru-baru ini membeli pangsapuri di syarikat Hangzhou. Yang mengejutkan, lelaki itu membayar wang mu...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Hotel Tergantung Paling Tertinggi Didunia."