Bangunan Ini Menyanyi Apabila Hujan


Bangunan yang dikenali sebagai Neustadt Kunsthofpassage ini akan memainkan alunan muzik setiap kali hujan turun.

Dresden merupakan salah satu kota warisan yang terdapat di timur Jerman dan pada suatu ketika dulu, hampir 60 peratus daripada keseluruhan bangunan disini musnah akibat perang dunia kedua.


Selain dikenali sebagai kota warisan sejarah, Dresden juga turut terkenal sebagai sebuah bandar muzik.

Disinilah lokasi dimana ahli-ahli muzik disekitar Jerman berkumpul untuk membuat persembahan. Malah, pembelajaran tentang muzik turut ditekankan kepada setiap pelajar dibandar ini.


Bangunan ini dibina khusus untuk mengeluarkan alunan muzik setiap kali hujan turun, menjadikannya salah satu mercu tanda bandar Dresden.

Neustadt Kunsthofpassage merupakan pangsapuri lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan yang dipenuhi corong-corong yang berbentuk instrumen muzik. Jika dilihat sekali imbas, corong-corong ini kelihatan persis alat muzik saksofon.


Corong ini merupakan saluran air yang menyalurkan air hujan ke longkang. Namun, ia telah diubahsuai menjadi corong berbentuk seperti instrumen muzik yang boleh mengeluarkan bunyi.

Jika alat muzik seperti saksofon menggunakan kuasa angin untuk dibunyikan, corong-corong ini pula menggunakan kuasa hidro, iaitu kuasa air setiap kali ia turun.




Bangunan ini telah direka oleh tiga orang anak muda iaitu Christopher Rossner, Annette Paul dan Andre Tempel pada tahun 1999 yang juga merupakan penghuni pangsapuri ini. Mereka juga merupakan penuntut Universiti Dresden yang mengambil jurusan muzik orkestra.


Jom saksikan video berikut ini:


0 Komentar untuk "Bangunan Ini Menyanyi Apabila Hujan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info