Coklat Berperisa Pelbagai Jenis Serangga


Seorang pengusaha coklat di Perancis, Sylvain Musquar memperkenalkan perisa coklat baharu melibatkan pelbagai jenis serangga di sini baru-baru ini.

Perisa baharu itu diperkenal sebagai usaha untuk mempromosi serangga sebagai makanan ringan popular.

Musquar mendapat ilham untuk memperkenalkan ulat mealworm dan cengkerik yang dihiasi di atas coklat selepas dia bekerja di Jepun dan Korea Selatan.

Pembuat coklat di timur Perancis itu percaya cara tersebut merupakan kaedah terbaik untuk menggalakkan orang Perancis memakan serangga.

"Anda tidak perlu lama merenung coklat serangga ini kerana anda tidak akan sanggup memakannya nanti," kata Musquar.

"Kerangupan serangga dan kacang di dalam coklat ini mampu menggoda pelanggan untuk terus memakannya," tambah pengusaha itu.

 








0 Komentar untuk "Coklat Berperisa Pelbagai Jenis Serangga"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info