Sebenarnya Ini Bukan Air Terjun





Sebuah dron di sini berjaya merakamkan gambar luar biasa mengenai kabus tebal yang menyelubungi permukaan air yang terletak di atas sebuah tebing batu.

Jurugambar, James Loveridge menerbangkan dron yang dilengkapi dengan kamera pada ketinggian 60 meter (m) di sebuah tebing yang terletak di West Bay, Dorset.

Satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan seolah-olah terdapat hamparan permaidani berwarna putih yang bergerak jatuh ke sebuah laut.

Bagaimanapun, ketika dron berkenaan mencecah pada pinggir tebing setinggi 30m, air yang mengalir jatuh itu turut kelihatan seolah-olah sebuah air terjun.

“Ketika saya berjalan di tepi laut, saya tidak dapat melihat apa-apa kerana kabus tebal. Saya kemudian melihat keadaan di atas tebing batu itu kerana ia kelihatan ganjil.

“Saya kemudian menerbangkan dron di atas tebing itu. Saya amat terkejut kerana kabus tebal itu mengalir jatuh seperti sebuah air terjun,” katanya. – Agensi

Jom saksikan foto menarik Dibawah:










Jom saksikan video berikut ini:


0 Komentar untuk "Sebenarnya Ini Bukan Air Terjun"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info