Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
popular post
-
Seorang wanita telah bersatu kembali dengan kucingnya yang hilang 12 tahun yang lalu, selepas dia ditemui hidup di sebuah pusat pemulihan...
-
Penjara dibangunkan untuk menghukum para penjenayah selain mereka di hukum para banduan di penjara juga di bekali beberapa kemampuan agar me...
-
Saat seorang bayi hadir di dalam sebuah keluarga, sesiapa ingin menggendong dan membelainya, terutama si ibu. Namun, keinginan itu perlu ...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setel...
-
Anjing dalam rakaman video ini terus terjun ke dalam air ketika tuannya pura-pura tenggelam. Pemilik anjing ini sengaja menguji kesetian ...
-
Bagi pelancong yang sedang berkunjung ke Taiwan, tidak ada salahnya datang ke tempat yang unik ini. Pergunungan Taroko Gorge di Taiwan bo...
-
Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac memang sudah berlalu. Akan tetapi, bersemangat sebahagian orang awam dunia masih kelihatan. Sep...
-
Seks bebas merupakan salah satu penyebab utama penyebaran HIV atau AIDS dan penyakit berjangkit yang lain. Pelbagai cara dilakukan untuk me...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







1 Komentar untuk "Rumah Ini Tidak Akan Tenggelam Walau Dilanda Banjir"
Bestkan dapat tinggal di rumah yang tidak mudah dilanda banjir.
Orang lain sibuk berpindah, dia pula tidak risau walau di sekeliling air besar melanda.