Sanggup Berenang 8 ribu Km Kerana Lelaki Tua



Penguin yang selama ini dikenali sebagai haiwan kutub dan liar ternyata juga dilindungi. Oleh kerana, penguin tidak boleh dipelihara atau menjadi milik peribadi seseorang.

Akan tetapi, kaedah-kaedah tersebut agaknya berbeza untuk penguin yang satu ini. Di Brazil, seekor penguin bersahabat dengan seorang lelaki tua bernama Joao Pereira de Souza. Penguin yang diberi nama Dindim itu datang ke pantai  setiap tahunnya demi bertemu dengan Joao.



Pada 2011 , Joao tidak sengaja menjumpai penguin kecil itu terdampar berlumuran dengan minyak dan hampir mati. Lelaki yang kini berusia 71 tahun itu kemudian menyelamatkan Dindim, memberinya makan dan merawatnya selama 11 bulan. Namun beberapa lama selepas penguin itu berganti bulu, ia justru menghilang entah kemana.

"Dia tinggal bersama saya selama 11 bulan dan kemudian dia menghilang," kata Joao de Souza seperti dikutip dari Bored Panda. "Saya suka penguin itu seperti anak saya sendiri dan saya yakin dia juga demikian."




Sementara Joao meyakini Dindim tidak akan pernah kembali, penguin tersebut justru menemuinya di pantai yang sama beberapa bulan selepas menghilang. Sejak saat itu, selama lima tahun terakhir Dindim selalu menemuinya dan berenang melintasi Argentina dan Chile yang menempuh jarak kira-kira 8 ribu kilometer.





Jom saksikan video berikut ini:

0 Komentar untuk "Sanggup Berenang 8 ribu Km Kerana Lelaki Tua"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info