Kolam Air Panas Berwarna Pelangi

The Grand Prismatic Spring kelihatan sangat menakjubkan jika dilihat dari atas . Ini kerana, air didalam kolam ini mempunyai warna seperti pelangi, merah, oren, kuning, hijau, dan biru. Kolam air panas berwarna pelangi yang cantik ini terletak di Wyoming, Amerika Syarikat.

Kolam air panas ini merupakan sebahagian dari Yellowstone National Park, Wyoming. Hampir tepat di bahagian Midway Geyser Basin, salah satu lembah sungai berisi air panas di Yellowstone National Park.

Grand Prismatic Spring mempunyai luas yang berkisar antara 250 hingga 300 kaki. Kedalamannya mencapai 160 kaki. Setiap tahun sumber air panas tersebut akan melepaskan sekurang-kurangnya 560 gelen air panas bersuhu 160 darjah Fahrenheit setiap minit. Air di sana mendidih setiap masa kerana panas yang berpunca dari pengudaraan bawah tanah yang merupakan sebahagian daripada saluran gunung berapi Yellowstone.

Sumber air panas ini pertama kali ditemui oleh para peneroka Eropah pada tahun 1839 The Grand Prismatic Spring merupakan sumber air panas terbesar di Amerika Syarikat dan ketiga terbesar di dunia selepas Frying Pan Lake di New Zealand dan Boiling Lake di Dominica. 


 Jom saksikan video berikut ini:



Bahagian tengahnya berwarna biru cerah, kelihatan seperti laut dalam. Bahagian luarnya berwarna hijau dan kuning. Sementara sisi terluar berwarna merah seperti cecair lava gunung berapi.

Warna merah tersebut berasal dari bakteria tertentu yang tubuhnya mengeluarkan pigmen berwarna merah. Masa musim panas, lapisan luar tasik akan cenderung berwarna oren atau merah. Sementara saat musim sejuk warnanya akan berubah menjadi hijau gelap.

Sedangkan, warna birunya boleh terjadi kerana bahagian tengah air tasik yang sangat jernih dan dalam, sehingga mampu menyerap dan memantulkan warna biru dari spektrum warna di atmosfera.







0 Komentar untuk "Kolam Air Panas Berwarna Pelangi"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info