Kanak kanak Ini Hidap Kanser Mata Aneh



Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menderita sejenis ketumbuhan luar biasa di bahagian mata yang menjejaskan penglihatannya.

Ali Hassan yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di wilayah timur Pakistan merayu rawatan segera kerana ketumbuhan berkenaan boleh membawa maut.

Ketumbuhan pada wajah kanak-kanak itu juga merebak dengan cepat hingga turut menjejaskan hidung dan mulutnya.

Keadaan itu juga menyebabkan Ali sukar bernafas dan bercakap.

Bapanya, Muhammad Mansha memberitahu, dia membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Lahore tetapi hospital di bandar itu tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

Seorang doktor, Mary Lowth memberitahu, kanak-kanak itu mungkin menghidap sejenis ketumbuhan yang dikenali sebagai Retinoblastoma.

Retinoblastoma adalah sejenis kanser mata yang dipercayai menjejaskan satu daripada setiap 20,000 kelahiran dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Menurutnya, Retinoblastoma adalah kanser pada kanak-kanak yang jarang ditemui dan sangat agresif.

“Kanak-kanak yang menghidap ketumbuhan yang cepat merebak ini mempunyai peluang yang rendah untuk hidup.

“Namun, rawatan terbukti berkesan dan menyelamatkan banyak nyawa tetapi bagi negara membangun seperti Pakistan hanya 30 peratus pesakit yang terselamat,” katanya.hmetro.com.

Jom saksikan video berikut ini:

0 Komentar untuk " Kanak kanak Ini Hidap Kanser Mata Aneh"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info