Walaupun Kembar Tapi Berlainan Rupa dan Warna.


Dua orang adik beradik kembar biasanya sukar untuk dibezakan. Jarang sekali mereka mempunyai penampilan yang sangat berbeza.

Namun, dua gadis kembar ini boleh dikatakan jarang berlaku, kerana mereka mempunyai paras dan warna kulit yang jauh berbeza.

Seperti disiarkan dari dailymail.co.uk, Lucy dan Maria Aylmer, (18), berasal dari Gloucester, adalah kembar yang bukan serupa. Ibu mereka, Donna, (47), berdarah Jamaica, sedangkan ayah mereka Vince, (53), berkulit putih.



Lucy mempunyai rambut berwarna merah yang lurus, dengan kulit pucat dan mata biru, sedangkan Maria, berkulit gelap, mata coklat, dan rambut kerinting.

Saat mereka lahir pada bulan Januari 1997, Donnamerasa hairan, ketika pertama kali melihat si kembar.

Kedua ibubapa mereka, yang bekerja sebagai pekerja gudang dan pembinaan, berpisah sejak mereka lahir.

Ketiga kakak mereka, George, (23), Chynna, (22), dan Jordan, (21), semua mempunyai kulit yang lebih gelap daripada Lucy, namun, lebih terang daripada Maria.



Pendidikan yang mereka pilih pun berbeza, Jika Maria belajar ilmu undang-undang di Cheltenham College, sementara Lucy belajar seni dan reka bentuk di Gloucester College.

Kembar tiadak serupa yang berasal dari sel telur yang berbeza, juga mewarisi gen yang berbeza. Gadis-gadis berdarah setengah Jamaica ini, membawa gen kulit putih dan hitam.

Secara kebetulan, Lucy mewarisi gen kulit putih dan Maria mempunyai gen kulit hitam.


 Orang dengan gen keturunan Afro-Caribbean sering mempunyai beberapa DNA Eropah, kerana banyaknya kes perdagangan budak di masa lalu.

Hal ini, meningkatkan kemungkinan mereka menyampaikan gen kulit putih, sekurang-kurangnya bagi satu anak kembar mereka.



Orang dengan gen keturunan Afro-Caribbean sering mempunyai beberapa DNA Eropah, kerana banyaknya kes perdagangan budak di masa lalu.

Hal ini, meningkatkan kemungkinan mereka menyampaikan gen kulit putih, sekurang-kurangnya bagi satu anak kembar mereka.


0 Komentar untuk "Walaupun Kembar Tapi Berlainan Rupa dan Warna."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info