Coklat Termahal di Dunia.
Coklat jenama To’ak mencuri tumpuan apabila dijual pada harga £169 (RM946) bagi setiap kepingan sekali gus muncul sebagai coklat termahal di dunia.
Coklat itu dihasilkan daripada 81 peratus campuran koko gred terbaik yang diperoleh daripada 14 petani di seluruh negara dan memerlukan 36 tahap proses untuk menyiapkan sekeping coklat seberat 42 gram.
Kualiti yang dititikberatkan dalam pembuatan coklat itu menyebabkan ia diiktiraf sebagai manisan terbaik pernah dihasilkan.
Pengasas bersama coklat To’ak, Jerry Toth berkata, penghasilan manisan tersebut dilakukan secara teliti dengan kandungan bahan diukur secara tepat bagi menghasilkan kualiti yang setanding harganya.
“Harga yang ditawarkan itu berdasarkan kualiti yang ada pada coklat keluaran kami dan hanya koko terbaik digunakan untuk menghasilkannya.
“Sebaiknya coklat ini dimakan dengan menggunakan penyepit kayu atau sebarang perkakas lain supaya keaslian aroma coklat tersebut dapat dikekalkan sebelum dinikmati,” katanya.
Syarikat coklat To’ak merupakan antara pengeluar coklat terbesar di Ecuador serta merupakan jenama pilihan peminat yang popular bagi coklat berkualiti dan mewah. –
0 Komentar untuk "Coklat Termahal di Dunia."