Yan Mengxia dan Lu pastinya tidak akan melupakan hari perkahwinan mereka 1 Oktober lalu. Sebabnya mereka tidak berkahwin secara bersemuka kerana kesesakan teruk di China.
Lokasi perkahwinan Yan Mengxia dan Lu di Yongkang hanya sejauh 90 minit dari kediaman ibubapa penggantin perempuan, Yan, di Cixi. Namun kesesakan teruk yang terjadi saat itu membuat Yan dan keluarganya tidak boleh datang tepat waktu walaupun mereka telah bertolak pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan. Acara perkahwinannya sendiri dijadualkan berlangsung di malam hari.
Penggantin lelaki yang sudah berada di lokasi perkahwinan akhirnya menghubungi FM93 Traffic Radio untuk menanyakan keadaan jalan yang membolehkan untuk sampai ke Yongkang tepat waktu. Tapi sayang, kesesakan teruk tidak boleh membuat kenderaan bergerak.
Lu akhirnya mememutuskan untuk berkahwin dengan Yan melalui radio dan penyampai radio pun bersetuju membantu mereka. Jadi perkahwinan jarak jauh tersebut didengari oleh seluruh pendengar radio tersebut. "Perkara ini sangat unik. Kami sama sekali tidak menyesal walaupun kami tidak berkahwin di lokasi perkahwinan," kata Lu pada wartawan.
Pasangan muda tersebut berkahwin pada Selasa yang merupakan hari cuti panjang di negeri Tirai Bambu tersebut. Saat itu akan banyak masyarakat melancong dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
popular post
-
Anda sering melihat anak ayam dicat warna-warni yang dijual di pasar ? Seekor anjing di Sepanyol juga mempunyai anak berwarna hijau. Unik...
-
Ada harga yang harus dibayar ketika ingin mencantikkan penampilan dengan memakai kasut tumit tinggi .Kaki akan terasa sakit selepas berja...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Seorang pemain biola menghiburkan doktor ketika dibedah dengan gesekan biola beliau. Naomi Elishuv bermain biola di tengah menjalani p...
-
Seniman kelahiran Perancis Edouard Martinet mempunyai idea yang kreatif dan unik dengan membuat karya seni dari besi lusuh dan logam yang...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Setelah tujuh bulan filem " Frozen" dikeluarkan , rupanya peminatnya di Jepun masih taksub dengan Anna , Elsa , Olaf...
-
Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana. Kali ini ia berlaku pula di a...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Berkahwin Melalui Siaran Radio."