Anjing Ingin Menyelamat Rakannya Mati di Langgar .


Anjing dikenali sebagai rakan baik manusia, mereka jinak dan baik, serta boleh diajar untuk menuruti semua perintah manusia. Maka tidak hairanlah, jika anjing banyak dipelihara, baik untuk menemani sampai menjaga rumah.

Anjing juga mempunyai rasa setia terhadap temannya, atau pasangannya, dan itu banyak terjadi di berbagai  negara didunia. Kali ini ada sebuah video yang memperlihatkan, bagaimana seekor anjing cuba menarik temannya yang mati akibat dilanggar.



Detik-detik mengharukan tersebut berlaku di Mexico, dan difilemkan oleh salah satu pemandu teksi yang kebetulan melintas. Kejadiannya bermula dari kedua anjing yang hendak menyeberang, dan salah satu anjing berwarna putih, dilanggar kereta hingga mati.

Kemudian temannya, anjing berwarna coklat berusaha menarik temannya yang terkujur layu di jalan. Sedangkan pemandu kereta tersebut terus meninggalkan anjing yang dilanggar tersebut.

Kerana anjing coklat tidak mahu meninggalkan tempat di mana rakannya mati, pemandu teksi tersebut pun memanggil bantuan ahli pecinta haiwan, untuk menggalihkan dan mengambil anjing tersebut. Video ini pun mendapat banyak sekali pujian, terutama dari para pecinta haiwan
.




Jom saksikan video berikut ini:

0 Komentar untuk "Anjing Ingin Menyelamat Rakannya Mati di Langgar ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info