Besar Giler Tumor Ini.

 
Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia. 


Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya.

Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.




Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.

Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.



“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid.

“Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani.

Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan.

Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula.

Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi



0 Komentar untuk "Besar Giler Tumor Ini."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info