Tinggal Bersama Ribuan Tulang.



Dari Hanya Mengumpul, Kini Ray Bandar Hidup Bersama Beribu-ribu Tulang dan tengkorak Haiwan

Mengumpul suatu barang memang terkadang membuat seseorang lupa diri. Seseorang rela menghabiskan duitnya agar dapat memiliki barang diinginkan. Walaupun tidak jarang seseorang menempah khusus barang tersebut meskipun diketahui berada di tempat yang susah di jangkau.

Perkara itu lah yang sering di lakukan Ray Bandar, Seorang pesara ahli biologi dari San Francisco. Sama seperti yang lain,
Ray Bandar juga sangat bersemangat dalam mencari setiap benda yang menjadi koleksi beliau. Namun anehnya benda yang menjadi koleksi Bandar adalah tulang dan tengkorak haiwan yang telah mati.



Sudah genap 50 tahun  mengumpulkan koleksi ini. Tidak hairan kini rumahnya dipenuhi dengan koleksi anehnya tersebut. Hingga kini ada
Ray Bandar telah mengumpulkan 7000 tengkorak, 200 tulang serta anggota badan lain yang tiak terkira jumlahnya.


Tentu saja untuk mendapatkan tengkorak serta tulang-tulang itu tidak mudah. Ray Bandar perlu terlebih dahulu menguliti serta mengambil daging dari haiwan yang telah mati sebelum ia menggantungkan atau meletakkan semuanya di tempat koleksi.

Kerana dianggap orang aneh
,Ray Bandar digelar 'Reptilia Man'. Malah bukan itu sahaja, cara hidup dan rumah yang juga dianggap aneh, kerana ia merasa selesa tinggal di dalam sebuah rumah yang setiap sudutnya ada kerangka tulang-tulang haiwan yang telah mati.



Awalnya koleksi-koleksi yang didapatnya dari zoo haiwan tempatan, muzium, taxidermists, roadkill, dan perjalanan ke Australia, Afrika dan Mexico ini hanya ditempatkannya di sebuah bilik bawah tanah miliknya. Namun kini setiap biliknya hampir penuh dengan tulang dan tengkorak dari haiwan. Meskipun begitu,
Ray Bandar tetap bersemangat mengumpulkan koleksi beliau tersebut. Walaupun kini Ray Bandar tengah melakukan perjalanan ke California utara untuk mencari tambahan baru yang akan diletakkan di muzium kecilnya.
0 Komentar untuk "Tinggal Bersama Ribuan Tulang."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info