Tempat Popular Bunuh Diri di Jepun.

Air terjun Kegon adalah salah satu air terjun paling indah di Jepun dan destinasi pelancongan kegemaran . Tapi siapa sangka, tempat seindah ini  juga menjadi tempat kegemaran untuk bunuh diri.

Air terjun Kegon adalah air terjun yang berada di Tasik Chuzenji , Taman Nasional Nikko , Tochigi , Jepun. Air terjun ini adalah salah satu air terjun yang paling besar di Jepun. Dengan tinggi 97 meter, lebar 7 meter dan debit air yang deras , air terjun Kegon menebar pesonanya ke setiap pengunjung yang datang.Dari wikipedia , air terjun Kegon terbentuk kerana adanya perubahan aliran Sungai Daiya yang terjadi akibat aliran lahar letusan Gunung Nantai . Jadi , air yang mengalir di air terjun ini berasal dari Sungai Daiya .


 Air terjun Kegon mengalirkan air yang sangat deras.Persekitaran di sekitar air terjun yang masih hutan dan dipenuhi pokok-pokok, membuat udara terasa sejuk. Tidak hairan jika penduduk Jepun mengatakan , air terjun Kegon merupakan air terjun tercantik yang ada di Jepun.Malangnya, kawasan air terjun ini tidak hanya asyik untuk dijadikan tempat pelancongan, tetapi juga untuk bunuh diri.

 Air terjun Kegon memang sudah terkenal dan popular sebagai lokasi untuk mengakhiri hidup di Jepun. Tercatat beberapa artis dan penduduk Jepun yang lain bunuh diri di tempat ini.Walaupun menjadi lokasi kegemaran bunuh diri , air terjun Kogen tetap dibuka untuk umum, anda pun boleh melancong ke sini . 
 
Pelbagai kemudahan penunjang pelancongan siap memanjakan anda . Salah satunya adalah lif . Dari atas air terjun, pengunjung boleh turun ke bahagian bawah air terjun menggunakan lif . Anda pun akan dibawa turun dari ketinggian 100 meter menuju dasar air terjun.Selain air terjun, anda juga boleh bermain air sambil menikmati dinginnya air dari Tasik Chuzenji .


 Air di tasik ini sangat bersih dan jernih. Pemandangan indah di sekitar tasik menambah asyik duduk -duduk santai anda .Masih berada dalam kawasan air terjun , ada kuil yang boleh dikunjungi. Kuil ini bernama Kuil Toshogu . Toshogu cukup menarik perhatian pengunjung kerana ada ukiran tiga monyet . Tiga monyet ini sangat terkenal kerana mempunyai pose yang berbeza, ada yang menutup mata, kuping , dan mulut.










Related Post

  • Dah Lah Pengemis Ganas Pulak Tu. Jika anda sedang melawat ke negeri china, berhati-hati bila bertemu dengan wanita ini di china kerana dia sangat brut…
  • Tanduk Tumbuh Dileher. Selama lebih dari 30 tahun lelaki berasal China bernama Li Zhibing, hidup dengan tanduk yang tumbuh di lehernya. Lelak…
  • Makan Batu Untuk Hilangkan Stress. Semua Wanita meyakini bahawa makan coklat boleh menenangkan hati dan fikiran. Tetapi tidak dengan wanita yang satu in…
  • Botol Susu Bayi Paling Mahal di Dunia. BAGI kebanyakan individu, pastinya membeli botol susu dan pemegang puting bertatahkan emas itu sesuatu yang membazir …
  • Ketagih Makan Batu Bata. Seorang lelaki India dari negeri Kerala, selatan negara ini mempunyai diet pemakanan yang pelik apabila dia didapati …
0 Komentar untuk "Tempat Popular Bunuh Diri di Jepun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info