Tasik Dipenuhi Buih Pelik.



Kerajaan India pada bulan lalu sibuk membersihkan tasik yang menjadi bekalan air bersih mereka. Kerajaan tempatan membersihkan tasik itu dari kekotoran dan buih yang sangat banyak.


 Deccan Herald mengatakan jika buih yang memenuhi tasik Varthur itu berasal dari air kencing, detergen, dan najis manusia yang bersatu dan mengalir ke tasik itu. Elan Kulandaivelu, salah satu enterpreneur yang tinggal di kawasan tersebut mengatakan, "Ini adalah campuran antara detergen, air kencing, dan najis manusia.

Perkara itu membuat tasik ini semakin kotor. Dan ini berada di kawasan yang menjadi sumber pendapatan terbesar di Negara ini, Whitefield Industrial Area. " Keadaan tersebut menjadikan tasik sangat kotor dan berbahaya.

 Bahkan hasil sebuah kajian berkaitan air tasik tersebut mengatakan jika pelbagai ancaman penyakit bahkan kanser sangat berpotensi terjadi kerana sisa yang terkandung dalam tasik.

 Parahnya lagi air tasik ini telah mencemarkan beberapa ladang dan sumber air. Buih yang terkumpul di tasik Varthur ini juga menimbulkan bau yang tidak enak.

 Proses pembersihan tasik itu dianggarkan oleh seorang doktor bernama Vaman Acharya akan memerlukan waktu hingga empat tahun. Kerajaan India merancang akan membina sistem pembuangan  di sekitar tasik tersebut.


0 Komentar untuk "Tasik Dipenuhi Buih Pelik."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info