Rumah Bertemakan Coca Cola.


Ada-ada saja yang dilakukan oleh wanita yang pelik ini. Biasanya suatu syarikat akan membayar seseorang agar mahu memasang logo atau serba-serbi produk mereka di suatu tempat, namun sungguh berbeza dengan wanita berasal dari Ireland ini. Cintanya pada satu minuman ringan ia rela  mengubah rumahnya menjadi sebuah cafe  Coca-Cola.

Seperti yang telah dilaporkan oleh odditycentral.com, Lillian Glansmire menghias seluruh rumahnya dengan warna merah dan juga putih beserta pelbagai perhiasan Coca-Cola. Logo Cola itu tersebar di seluruh penjuru rumah, di dinding bahkan sampai bantalnya. Ia juga melengkapi seluruh rumahnya dengan pelbagai tin dan juga botol cola itu dari masa ke masa.


Lillian pun menceritakan awal kisahnya menggilai Coca-Cola. 30 tahun yang lalu ia melakukan perjalanan dari Jerman ke Austria. Saat ia melewati sempadan ia menyedari telah meminum satu tin minuman yang sama di dua negara yang berbeza. Sejak saat itu ia memutuskan untuk mengumpul pelbagai tin Coca-Cola dari seluruh dunia. Ia mendapatkannya dari kawan-kawannya yang mengelilingi dunia.

Lillian bahkan melawat New York untuk membeli-belah pelbagai jenis Coca Cola. Ia dan juga suaminya juga membuat lampu gantung dari botol Coca Cola tersebut.




 



0 Komentar untuk "Rumah Bertemakan Coca Cola."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info