Pil Untuk Kentut Berbau Harum.
Kentut seringkali menjadi perkara yang memalukan jika berlaku apabila seseorang sedang berada di dalam bilik tertutup bersama orang lain. Pernah mengalami kejadian semacam itulah yang membuat Christian Poincheval kemudian mencipta pil yang mampu melancarkan pencernaan dan membuat kentut berbau wangi seperti coklat atau bunga ros.
Seperti disiarkan oleh Mirror, 26 November 2014, idea itu pertama kali datang di kotak pemikiran Christian saat menghadiri acara makan malam bersama rakan-rakannya. Saat itu beberapa orang teman tanpa sengaja kentut dan aromanya yang tidak sedap membuat suasana menjadi tegang.
"Kami berada di meja dengan rakan-rakan dan selepas makan malam, kentut kami begitu berbau membuat kami hampir tercekik. Aroma yang sangat tidak menyenangkan bagi kami dan pengunjung yang lain, kerana itu sesuatu perlu dilakukan. "Tulis Christian di laman webnya pilulepet.com.
Christian membuat pil dari bahan organik berupa arang campuran sayur-sayuran, bunga, lithothamne (rumput laut), propolis (resin tumbuhan) dan blueberry. Kemudian ia mula memasarkan produknya tersebut melalui laman webnya secara online pada tahun 2006.
Pil yang ia jual menawarkan manfaat selain aroma kentut yang enak, iaitu sebagai ubat untuk mengurangkan kembung dan mengurangkan jumlah gas di pencernaan. Awalnya ia mencipta pil dengan aroma ros. Namun untuk menyambut Krismas tahun ini Christian mencipta pil aroma coklat.
"Ini hadiah yang bagus untuk Krismas" kata Christian.
Christian mengaku penjualan pil ciptaannya itu tergolong cukup baik. "Beberapa membeli kerana mereka mempunyai masalah dengan perut kembung dan beberapa membelinya sebagai jenaka untuk menghantar kepada rakan-rakan mereka."
0 Komentar untuk "Pil Untuk Kentut Berbau Harum."