Memandu Secara Undur Selama 11 Tahun.


Seorang pemandu teksi di India menjadi terkenal kerana kemampuan memandu yang luar biasa. Sebabnya, lelaki bernama Harpreet Dev ini mempunyai kemahiran memandu kereta undur.

Rupanya kemampuan Harpreet ini bermula sejak tahun 2003. Pada masa itu ia mempunyai masalah dengan keadaan kedudukan gear  undur. "Saya berada di luar bandar, saya tidak punya wang, jadi saya fikir memandu kereta secara undur sampai Bhatinda," katanya.

Hingga akhirnya ia pun tercetus idea untuk melaksanakan cara memandu yang unik ini. Harpreet mereka bentuk semula kotak gear pada keretanya dan kini telah mempunyai empat gear mundur dan hanya satu gear hadapan. Tidak hanya itu, ia juga terus melatih kemampuan memandu kereta tersebut.



Kini, lelaki berusia 30 tahun tersebut dapat memandu  secara undur hingga kelajuan 50 batu per jam. Siren ambulan yang melekat pada bahagian atas kereta menjadi tanda peringatan bagi para pemandu lain dan para pejalan kaki.

Kemampuan memandunya yang unik ini pun telah ia lakukan selama 11 tahun. Harpreet bahkan mempunyai lesen khas dari kerajaan yang memperbolehkannya untuk memandu  secara undur di India.

Namun rupanya kemampuannya untuk memandu kereta undur juga mempunyai beberapa kesan negatif. Saat ini Harpreet menderita masalah di bahagian punggung dan leher yang cukup parah. "Saya punya sakit di leher dan sering sakit di pinggang, dan saya juga muntah-muntah," katanya mengakui.

Inilah aksi Harpreet memandu  secara undur:


0 Komentar untuk "Memandu Secara Undur Selama 11 Tahun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info