Seekor lembu di Pensilvania bernama Blosom dinobatkan menjadi lembu tertinggi di dunia. Lembu dengan ketingginya 1.9 meter itu dipelihara oleh Patty Hanson dan hidup di Ladang Orangeville.
Awalnya, Patty menyedari bahawa lembunya mempunyai saiz yang luar biasa. Ia kemudian memutuskan untuk memelihara Blosom daripada menghantarnya ke penyembelihan.
"Blosom adalah kebanggaan bagi perternakan," kata Patty. "Aku suka mengajaknya bertemu tetamuku dan Blosom juga senang menyapa mereka. Banyak tetamuku datang dari bandar, dan mempunyai lembu yang boleh menyapa mereka menambah suasana ladang."
Lembu berusia 13 tahun itu juga punya laman Facebook sendiri. Patty membuat laman tersebut setelah doktor haiwan mengamati bahawa berat Blosom terus berada di atas 907 kg atau hampir satu tan. Ukuran rasminya dilakukan oleh doktor haiwan dari Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Orangeville.
Sebelumnya, para sahabat dan keluarga Patty mendokumentasikan Blosom sejak Mei. Mereka mengambil banyak gambar dan video dari lembu tersebut.
Pada pertengahan Ogos, Patty menerima email dari Guiness Book of Records yang menyatakan bahawa Blosom adalah lembu tertinggi di dunia. Sementara itu, lembu terpendek adalah Blaze yang hanya mempunyai tinggi 69,07 cm.
popular post
-
Sekilas pandang lilin ini nampak sederhana dengan sumbu yang terbakar dan perlahan-lahan cair dan menitis menuruni sisi lilin itu. Namun...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Ada harga yang harus dibayar ketika ingin mencantikkan penampilan dengan memakai kasut tumit tinggi .Kaki akan terasa sakit selepas berja...
-
Penemuan yang pelik ini tampaknya akan membuat orang ramai terkejut dan geleng-geleng kepala. Betapa tidak, para saintis di Iceland b...
-
Terdapat lebih kurang 20 ekor khinzir yang berenang di pulau ini. Mengikut beberapa sumber, khinzir- khinzir tersebut hidup di pulau t...
-
Pembaca yang budiman , gambar yang anda lihat di atas adalah adalah sepasang "super Gokusen " hot pants jeans dari retail pakai...
-
Ni ubatnya kalau vespa ni dah jadi besi buruk , nasib baik Studio reka bentuk di Barcelona mengubah vespa antik menjadi kerusi an...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info




0 Komentar untuk "Lembu Punyai Saiz Luar Biasa"