Seekor kucing betina yang dipelihara oleh seorang pemilik pelupa yang menghidap Alzheimer terabai sehingga bulunya berubah menjadi panjang dan keras (dreadlock).
Laporan Dailymail mengatakan perkara tersebut dimaklumkan oleh sebuah pusat rawatan haiwan yang terletak di Pittsburgh, semalam.
"Kucing malang ini dibawa ke pusat kami semalam oleh pemiliknya selepas beliau terpaksa dimasukkan ke rumah orang tua-tua," kata Pusat Kebajikan dan Rawatan Haiwan Liar Pittsburgh.
Kata pusat tersebut, kucing tersebut telah diabaikan bertahun-tahun lamanya, berdasarkan keadaan bulunya yang terlalu panjang.
Kakitangan pusat terbabit kemudian mencukur keseluruhan bulu badan kucing yang dinamakan Hadey terbabit.
Pemilik Hadey sebelum ini adalah seorang warga emas berusia 82 tahun, Paul Russel.
Kata Paul, beliau sendiri 'terkejut' dengan keadaan kucingnya tersebut.
"Ketika saya mahu mengambilnya dari bilik bawah tanah, keadaan dia seperti sedang memakai selimut," kata Paul.
Walaupun Hadey 'terabai', kucing berkenaan pandai mencari makanannya sendiri dan dikategorikan sebagai gemuk.Sinar Harian.com
Jom saksikan video berikut ini:
0 Komentar untuk "Kucing Aneh Ini Kelihatan Seperti Sotong."