Kerana Nak Cantik Potong Jari Kaki.


Kasut tumit tinggi disukai para wanita kerana membuat mereka tampil cantik dan lebih berkeyakinan. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan kasut tumit tinggi semakin melampau. Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu

 "Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai kasut tumit tinggi. Pembedahan itu didasari pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk menghilangkan kalus. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini telah menyebar hingga ke Eropah serta negara lain

Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels (hak lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai kasut tumit tinggi yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan jelek. Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela membelanja hingga US $ 7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason

 "Prosesnya satu jam dan aku tidak merasakan apa-apa tapi aku mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina dikutip dailymail (25/06). 

 "Setelah itu juga tidak ada rasa sakit tapi jariku dikawat selama 5 minggu dan jari lain jangkitan sehingga aku makan ubat antibiotik," Paulina menambah

 Setelah kawat dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas  melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.
 



0 Komentar untuk "Kerana Nak Cantik Potong Jari Kaki."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info